Ahad, 12 Januari 2014

39 MINGGU 4 HARI

salam semua,

hari ni dah genap 39 minggu 4 hari tapi masih belum ada tanda2 untuk melahirkan si kecik dalam perut ni..
Nampaknye die masih selesa duk dalam tu...
Dah puas kami pujuk suruh keluar awal namun anakku ini tidak makan saman.... ^_^

Actually due date 16/1 ni,mknenye ada 3 hari je la lagi..tp jumpe doc hari tu,die ckp kalau dah smpai edd tp xbersalin jugak ,die suruh tnggu lg 9 hari baru la dengan sukarela pegi 'SERAH DIRI'...

Waaaa...takutnye bile terbayang perkataan 'SERAH DIRI' ni... T_T

Tapi kalau ikot scan pulak due datenye pd 21/1...daku xtahu nak ikot tarikh yg mana 1...

Ah,mana2 la..jnji semuanye selamat n sihat...
chowww...Assalamualaikum

Cepat la anak ibu kua...ibu ngn ayah dah x sabar nk jumpe n peluk kamu ni....^_^

Isnin, 30 Disember 2013

Tanda-Tanda Bersalin Dan Petua Mudah Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh)Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
 
  • keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
 
  • keluar darah dari vagina. : Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
 















 

  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

 

  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

Sumber: Harian Metro

PETUA MUDAH BERSALIN - PETUA SEBELUM BERSALIN 

  • Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah. Elakkan 'melompat' dari kati selepas bangun tidur.
  • Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
  • Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

Petua Mudah Bersalin : Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak ( santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

Petua Mudah Melahirkan Anak : Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


PETUA SELEPAS BERSALIN

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
 

  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:
 

  1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.

MR STEAK HOUSE

Bertemu kembali.... ^_^

Nak cerita sikit pasal pegi makan Western Food weekend last week...

Mula2 kteorg xtahu nak pi makan kat mana..
First pegi Pizza Hut...tunggu bukan main lama,xde pun yg datang amek order..hampeh...!!so kami blah la...rupa2nye kat ctu untuk delivery sahaja..kalau nk jugak mkn kat ctu kne beli kat kaunter n dye akan bungkus lepas tu cari tempat duduk n makan...

Rasa mcm xde mood jer bile beli bngkus mcm tu.maklum la selama ni kalau pi pizza hut mkn order je terus...blur kjap
~_~

Lepas tu dah masuk area Seksyen 13,hubby decide nk mkn Lamb Chop kat Mr Steak House...smpai je,tgok meja bukan main pnjang lg..rmai yg dah booking,maklum la hujung2 tahun ni rmai yg dah dapat bonus...daku je yg belum dpt2 gaji T_T..bonus dah dapat bulan 6 hari tu,so kne tnggu insentif bulan 1 plak..lepas tu giliran daku pulak open table...hahahaha (gelak jahat)...0_0

Mse kami smpai tu tinggal berapa meja je yg kosong...naseb ada meja...daku order fish n chip dan hubby plak order kegemaran die lamb chop..

Western food kat cni leh than mahal jugak la..kalau bg daku,daku lebih suka makan kat HR Steak sbb lg murah dan berbaloi2...

Kat MR Steak ni air buah saje pun dah RM5.00 segelas...cekik darah betoi...kalau kat HR Steak baru RM2.50 gelas besauuu lagi...

Malas dah daku nak taip panjang2...korang layan jela gmbar hubbyku yg encem ni...kikikikiki ^_^









 RM14.90 (LAMB CHOP)

RM10.90 (FISH & CHIP)



Sape2 yg penggemar Western Food yg duk area Shah Alam n malas nak pi makan jauh2 boleh la berkunjung di MR Steak House..dan bg sape2 yg nk makan Western Food yg murah n berbaloi2 sila ke HR Steak...jauh cikit la ye..kat Kampung Baru...kuikuikui
Nah daku tepek alamat supaya senang korang cari...

MR Steak House
Laman Seri Business Park,
Seksyen 13 Shah Alam.




HR Steak House
No. 56, Jalan Raja Alang,

Kampung Baru, Kuala Lumpur. 



*** Menu dan harga di HR Steak House


Ahad, 29 Disember 2013

SET BERSALIN AFIAT

Morning Smua,

Hari ni nak review sikit pasal set bersalin AFIAT ni sebabnye daku dah beli kelmarin kat kompleks PKNS dengan harga RM80.00 shj...

Harga sebenar set ini adalah RM89.90,tp akak tu baik siap bagi diskaun RM9.90 sbb sebelum ni daku pernah beli minyak telon mustika kat kedai dia...^_^

Dulu,masa belum tahu lg ada set bersalin Afiat ni,aku prefer nak pakai SHAKLEE jer sbb mcm senang jer,terus makan je sbb dalam bentuk pil...tapi bile dah bnyak review sal set bersalin ni,daku gedik nk try TANAMERA plak..tapi makk aiiii bapak mahal ye set ni dlm RM3++.

Tp set TANAMERA ni mcm berkesan jer,aku tertarik dengan dia punya minyak kelapa dara..baca komen dari google pun bnyak yg ckp kalau makan minyak kelapa dara n sapu dekat miss V,mudah nk bersalin n xbnyak sngt koyak...

Tapi ada pula yg menghasut,kalau beli mahal2 pastu xpkai rasanye membazir pulak...so aku prefer set bersalain AFIAT jer la..murah da In Sya Allah aku akan guna smpai abis pntang...

Meh nk tepek ckit gambonyerrr^_^


Ni la set yang daku beli,dalamnye ada :-

  • Pil Afiat Untuk dimakan selepas bersalin.
    Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
  • Bedak HangatDigunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.
  • Minyak AfiatUntuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.
  • Balm AfiatUntuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.
  • Akar KayuUntuk direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari, untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
  • Bengkung/Barut Ibu ntuk membantu mengempiskan perut.
  • Pil Makjun Bawang PutihDimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.
  • Feminin Carecampuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita. Memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
  • Gel Mandian SeraiDiadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badan 
    dan khasiatnya sama seperti mandi lulur.




Akan daku pakai semua yg ada dlm ni sbb xnk membazir...hehehehe
In Sya Allah,kalau ada rezeki preggy lg lepas ni nk guna set bersalin TANAMERA pulak...^^


choww ~_~


Rabu, 11 Disember 2013

Mutiara Kata


Apabila diuji itu bermakna ALLAH masih sayangkan 

kita..pilihlah untuk senyum walaupun kita 


punya sebab untuk muram, pilihlah untuk bangkit, walau 

kita punya sebab untuk jatuh dan malu, 

pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita punya sebab 

kecewa:)♥




Ketika Allah rindu pada hambanya, Dia akan mengirimkan 

sebuah hadiah istimewa melaluimalaikat Jibril yang isinya 

adalah ujian. Dalam hadis Qudsi 

Allah berfirman: “Pergilah pada 

hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana 

Aku ingin mendengar rintihannya."






Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu 

biru, bunga selalu mekar dan mentari 

selalu bersinar. Tapi ketahuilah... Dia selalu memberi 


pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata dan 

jawapan di setiap doa.

Jumaat, 6 Disember 2013

Mari Berbuffet di Flaming Steamboat Shah Alam. ^^

Hai hai hai....ni nak cerita masa pegi makan steamboat kat Flaming Steamboat Shah Alam branch...Restoran ni terletak di Kota Kemuning.
Sebenarnye daku ngn incik suami xrancang pun nk pegi mkn kt sini...daku kuar je dr bilik air terus ajak dia pegi mkn steamboat...kikiki ^^

Tempat ni dah lama daku survey..harga pun murah dan suasana pun open air jer...
layan jela gmbar ni..malas nk taip bnyak2 ~_~

 Mula - mula amek ni jer ^^




Ni dapurnye ada 2 jenis sup^^



 Incik suami tengah merebus sambil tersenyum gumbira ^^




 Bukan main lg Incik suami kopek telur puyuh tu ^^






Daku banyak amek udang dengan ketam jer...^^




Gigih Incik sami mkn menggunakan chopstick..tengok la pinggan kat sebelah tu..ni pun pekerja dia dah angkat separuh....^^




Tadaaaaaa!!!! ni bil untuk 2 orang makan,makan la sebanyak mana yang mampu..tu je jumlah yg kne bayar...so balun la puas2...!!!




Nak menyemak ckit ^^^

Already 34 weeks ^^

Selasa, 3 Disember 2013

Checkup 34 minggu



Hari ni ada appointment dengan doktor kul 10 tapi sbb nak dapat no awal kul 9 dah terpacak kat klinik kesihatan ^^...bese kalau hari checkup sy xkn mkn sehingga la abis checkup...

Datang awal pun dapat no bnyak jgak 1049..~_~
mknanye orang yg ke 49 la kan...tapi hari ni no xberajan mengikut turutan...

So,rutin macam biasa la..amek sample air kencing,amek darah n amek bp...
semua normal...Tiba la mase nk timbang berat...^^ dup dup dup...naik je atas mesin penimbang tu tgok2 berat naik 100gram jer dalam 2 minggu....T_T
xtau nak hepi ke nk sedih...hehehehehe

Lepas tu tnggu la no di pnggil mcm biasa...&%#@$$

Baby dlm perut dah mula mintak ibunye makan...smentara tu pegi la kedai mkn kat sebelah kllinik belikan kuih 3 biji,lepas makan duduk je tnggu no...tiba2 je perut rasa mengeras n dada mula berdebar2...rasa nk termuntah,daku pegi la toilet muntahkan angin...kpala rasa mcm nk pitam n sesak nafas sngt..ngn perut lg sakit...sampai berpeluh-peluh menahan...

bagitahu nurse praktikal yg sy rasa nk pitam,lepas tu dia bawak masuk bilik suruh baring...
tudung dah basah terkena dek peluh...apakah sakit ini...????

Bp diambil sekali lg...Ya Allah rasa nak balik umah jer rasa bila nk pitam tu...so lpas tu jumpa doktor,doktor ckp sy pressure...mybe sbb sakit perut tu kot...ni baru sakit sikit..belum sakit bersalin lg...kalau sakit nk bersalin,xtaw la sye dah jadi mcm mana...doktor suruh amek bp sekali lg sebelum balik...semua normal...lepas tu daku terus balik opis n bedal nasik...

Mungkin baby dalam perut ni lapo kot tu yg tiba2 je rasa sakit n nak pitam tu...tunggu ibu mkn lmbat sngt...

For information...baby yg 34 minggu ni cepat serap ye ape yg dimakan oleh ibu...
so selalu la stanby makanan setiap masa...

ni nk kongsi gmbar pewot mase 34minggu...huahuahua






Nanti smbung lagi :- bye bye bye