Ahad, 29 Disember 2013

SET BERSALIN AFIAT

Morning Smua,

Hari ni nak review sikit pasal set bersalin AFIAT ni sebabnye daku dah beli kelmarin kat kompleks PKNS dengan harga RM80.00 shj...

Harga sebenar set ini adalah RM89.90,tp akak tu baik siap bagi diskaun RM9.90 sbb sebelum ni daku pernah beli minyak telon mustika kat kedai dia...^_^

Dulu,masa belum tahu lg ada set bersalin Afiat ni,aku prefer nak pakai SHAKLEE jer sbb mcm senang jer,terus makan je sbb dalam bentuk pil...tapi bile dah bnyak review sal set bersalin ni,daku gedik nk try TANAMERA plak..tapi makk aiiii bapak mahal ye set ni dlm RM3++.

Tp set TANAMERA ni mcm berkesan jer,aku tertarik dengan dia punya minyak kelapa dara..baca komen dari google pun bnyak yg ckp kalau makan minyak kelapa dara n sapu dekat miss V,mudah nk bersalin n xbnyak sngt koyak...

Tapi ada pula yg menghasut,kalau beli mahal2 pastu xpkai rasanye membazir pulak...so aku prefer set bersalain AFIAT jer la..murah da In Sya Allah aku akan guna smpai abis pntang...

Meh nk tepek ckit gambonyerrr^_^


Ni la set yang daku beli,dalamnye ada :-

  • Pil Afiat Untuk dimakan selepas bersalin.
    Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
  • Bedak HangatDigunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.
  • Minyak AfiatUntuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.
  • Balm AfiatUntuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.
  • Akar KayuUntuk direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari, untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
  • Bengkung/Barut Ibu ntuk membantu mengempiskan perut.
  • Pil Makjun Bawang PutihDimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.
  • Feminin Carecampuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita. Memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
  • Gel Mandian SeraiDiadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badan 
    dan khasiatnya sama seperti mandi lulur.




Akan daku pakai semua yg ada dlm ni sbb xnk membazir...hehehehe
In Sya Allah,kalau ada rezeki preggy lg lepas ni nk guna set bersalin TANAMERA pulak...^^


choww ~_~


1 ulasan: